Isnin, 23 Julai 2012

Kasihku~

Lama rasanya tak buka blog nie..dan dah lama rasanya tak tulis apa2 dalam blog nie..mungkin betul apa orang cakap..sekiranya kita mencintai Allah dan Rasulnya, cinta dunia akan turut serta..sekarang saya dalam proses ingin membaiki diri, akhlak dan peribadi..dalam masa yang sama, ada seseorang yang sentiasa menyokong saya dari belakang..saya tak nak menaruh harapan yang tinggi kerana saya takut kecewa lagi..sekiranya kita cintakan Allah dan RasulNya lebih daripada kita sayangkan keluarga kita dan orang yang kita sayang, kita akan merasai betapa nikmatnya cinta dan betapa nikmatnya iman (halawatul iman; kemanisan iman) saya bersyukur kerana ada orang yang sudi membimbing saya mencapai cintaNya dan keredhaanNya..tutup buku lama, buka buku baru..saat diri ini jatuh tersungkur, Allah telah mengirimkan seseorang untuk mengubati luka di hati..dia telah mengajar saya erti ketabahan dan dia sering memberikan semangat dan sentiasa mendengar segala luahan yang telah saya utarakan..dia sangat istimewa di mata dan di hati saya..saya berharap dia adalah jodoh yang telah ditentukan sejak di Luh Mahfuz..biarlah cinta ini tersimpan kukuh di hati sehingga sampai masanya akan saya luahkan dengan cara yang betul..iaitu dengan pernikahan..bukan dengan berkapel.. "Ya Allah, seandainya dia jodohku, kau dekatkanlah kami dan peliharalah rasa cinta ini serta satukanlah kami menjadi suami isteri dunia dan akhirat..tetapi sekiranya dia bukan jodohku, kau temukanlah dia dengan seseorang yang lebih baik dariku dan tenangkanlah hatiku dengan kasih sayangMu" aminn..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Selamat Datang Ke Blog Saya.....

hye..dah baca 2,tinggalkan lah komen ye.. :-)